HATI EMAK ~ DIARI MAT DESPATCH

Assalamualaikum & have a very good day !!

Buku ini entah buku ke berapa yang aku beli secara online. Sekarang everything di hujung jari. Memang tertarik dengan tajuk buku ni for the 1st time nampak. Waktu membaca aku ada 2 bahagian iaitu part 1 dekat office & part 2 dekat rumah kalau dekat office adalah sampai je office on pc terus buka buku baca at least 10 minute lepas tu waktu lunch time dalam 30 minutes after makan itu  pun masa lunch tu aku tak keluar pergi mana-mana memang duduk dekat office. Part 2 dekat rumah kalau dekat rumah weekdays aku jarang baca buku selalu baca buku weekends saja.
Pendapat jujur aku buku ni at 1st bila baca nampak macam tajuk yang ringan-ringan. Masa mula-mula baca dah sampai separuh buku kita akan terfikir “ apa la susah sangat nak cakap dengan mak dia budak ni.. cakap je la mak kan mesti dia faham punya ni sampai ada list nak tanya orang lain macam mana nak pujuk mak” tapi hakikat semakin di baca semakin seronok & tanpa di sangka-sangka ada air mata bertitik- titik jatuh, ada rasa dalam hati, kepala pula terhanguk- hanguk setuju.
Hati emak- apa yang kita tahu pasal hati emak… bagi aku masih ada lagi pasal hati emak yang aku tak tahu & aku tak faham, orang lain aku tak tahu la mungkin ada yang sudah betul-betul faham mengenai hati emak. Ada ayat yang buat aku terkesima sampai selesema yang menjadi bukti bahawa aku masih belajar untuk memahami hati emak.

“Jangan salah menanam cinta. Benih mawar jangan ditanam di gurun sahara. Benih sakura jangan ditanam di pasir pantai”. Lalu adakah kamu fikir, ibu menanamkan cintanya di tempat yang salah? Ibu menanam cintanya ke dalam hati anak dengan sepenuh hatinya kerana dia tahu, dia tak akan salah menanamkan cinta. Namun terkadang anak yang berubah menjadi gurun sahara dan membunuh cinta si ibu”.
“Jangan tanam cinta kamu di tempat yang salah. Tanamkan cinta kepada ibu kamu kerana benih apa pun yang kamu tanam, ibu kamu pasti menghidupkannya walaupun kau cuma menanamkan benih lalang berduri”.

Seriously bila baca ayat ni memang something la yang terlintas dalam hati.. Ya Allah terus berdebar debar dalam hati bagaimana agaknya jika kita yang anak dah merasa hingga sebegini bagaimana pula hati emak kan… jadi dapatkan buku ni di kedai-kedai buku berdekatan dengan rumah anda.. hehehehe aku janji buku ini tak akan menghampakan hati kita & hati mak kita.


p/s:Hati mak aku adalah hati yang aku paling ingin jaga 
credit to : Bahruddin Bekri




Comments

Popular posts from this blog

BUKAN MENGUNGKIT TAPI MEMBANGKIT!!!

ZINA HATI……MAKSIAT BATIN...

"CLUBBING"orang purba yg ni kelakar....!!!!