ber Kaf Ha Waw Ya Nun

Banyak fasa yang akan kita lalui dalam hidup ini & salah satunya adalah fasa perkahwinan
semua orang dalam dunia ini nak berkahwin, aku rasa tak ada manusia sama ada lelaki atau perempuan dalam dunia ni tak nak kahwin. Heheheheh macam aku sekarang usia dah bertambah, kalau dulu masa sekolah risau nak habiskan SPM, bila dah habis SPM risau nak masuk universiti, bila dah masuk Universiti dah habis belajar risau pulak nak cari kerja, bila dah bekerja ada kerjaya risau pulak bila la nak kahwin 😁😁😁 sepanjang hidup ini asyik risau je πŸ˜†πŸ˜†πŸ˜†

Bila dapat jemputan dari kawan baik, kawan-kawan sekolah, kawan-kawan universiti, rasa seronok nya ramai kawan aku yang dah bina masjid, bila pergi majlis ramai yang bertanya bila nak kahwin, dah ada boyfriend hehehe tak masuk lagi jemputan sepupu sepapat, anak-anak buah, kau rasa macam asal la jodoh aku tak singgah-singgah lagi, kadang-kadang tu memang positive cakap dekat diri ajal maut jodoh pertemuan kan di tangan Allah S.W.T, doa yang baik-baik Insya Allah, Allah akan kurniakan yang terbaik tapi kita ni insan tak banyak sikit mesti ada rasa Ya Allah cemburunya.. mula la kita berdialog dengan Allah, Ya Allah bila la jodoh aku nak sampai, Ya Allah aku ini tak layak ke untuk berkahwin, Ya Allah kenapa aku tak jumpa lagi bakal suami atau bakal isteri ni and macam-macam lagi laaaaaaaa.....kalau nak type panjang macam-macam dialog yang keluar yang bukan-bukan yang pelik-pelik pun ada...

Macam aku... πŸ˜†πŸ˜† kawan baik ramai dah kahwin yang bujang tinggal berapa kerat je, tapi aku tak ada la sampai tahap terdesak, tersedak semua ter ter la, bila baca atau dengar cerita cinta orang lain, tertanya-tanya bila la pulak cerita cinta aku nak muncul... bila lama-lama difikirkan satu benda yang terdetik dalam hati aku " aku belum bersedia" benda ni terdetik dalam hati aku, Allah tahu aku tak bersedia, jadi Allah "simpan"kan dulu jodoh untuk aku, dalam doa aku...aku selalu cakap aku nak jaga mak aku dulu, sebab aku tak yakin bila aku dah kahwin nanti aku boleh jaga mak aku sebaik aku jaga dia sekarang 😝😝😝😝wooo wooo wooo boleh jadi calon anak solehah tak hehehehe lagipun aku rasa aku ni masih banyak lagi kelemahan , aku rasa masih belum layak lagi untuk jadi isteri orang, banyak yang aku kurang, banyak yang aku kena baiki, memang tak boleh baiki untuk jadi 1001 sempurna, masih ada benda yang nak aku baiki, masih banyak lagi hutang yang belum aku bayar hehehehe masih banyak la lagi kurang nya aku ni..
cuma apa yang nak aku sampaikan apa yang aku nak kongsikan cemburu itu lumrah perasaan manusia, cuma cemburu tu jangan melebih-lebih sampai mendatangkan fitnah...

sebab bagi aku PERKAHWINAN itu bukan hanya sekadar sarung cincin di jari, makan beradap sekali, bangun pagi ada orang di sisi, zuriat sebagai pewarni, berkongsi bilik air sekali... ia nya besar melebihi tanggjungjawab sendiri kerana kaf ha waw ya nun itu sendiri suci yang perlu dijaga lebih dari tanggungjawab kepada diri sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

BUKAN MENGUNGKIT TAPI MEMBANGKIT!!!

ZINA HATI……MAKSIAT BATIN...

"CLUBBING"orang purba yg ni kelakar....!!!!